• Jaga Diri, Hiasi Peribadi

    "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

  • Bekerjalah dengan Ikhlas

    "Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

  • Hargai Kehormatan Diri

    "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

  • #

    #

MAJLIS SAPAAN MESRA PENGARAH IPGKTAA

Posted by jpp.ipg tengku ampuan afzan On 9:39 PM No comments


Majlis Sapaan Mesra Pengarah IPGKTAA, En. Jaafar Bin Idris akan diadakan pada :


Tarikh : 09 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Darul Makmur


Sehubungan itu, mesyuarat JPUK telah memutuskan,
Pakaian bagi Pensyarah dan Staf Sokongan Lelaki ialah
Blazer Gelap, Baju Putih dan Tie Merah,
Bagi Pensyarah dan Staf Sokongan Wanita ialah
Blazer Gelap.
Manakala bagi Semua Guru Pelatih ialah
Pakaian Lengkap Kuliah.

Semua Warga IPGKTAA
diwajibkan hadir.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Halif Bin Md. Saleh


Marilah kita sama-sama menyambut Pengarah dengan hati terbuka!

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK PERINGKAT IPGKTAA

Posted by بيت الأماني -Baitul Amani- On 9:20 AM No comments

"MEMBUDAYAKAN INTEGRITI MASYARAKAT MALAYSIA"

Selesai dilaksanakan pada, 25 April 2011 di Dewan Darul Makmur IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Program bermula dari jam 7.30 pagi dan tamat pada pukul 1.30 tengah hari. Ceramah 1 “Prinsip dan Falsafah: Pelan Integriti Nasional" Oleh: En. Fison Hamdi b. Ahmad (Penolong Pengurus Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia). Ceramah 2 “Integriti Dalam Pendidikan” Oleh: En. Haji Nazmi b. Md Noor (Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling,Kementerian Pelajaran Malaysia). Ceramah khas “ Bicara Tokoh” Oleh: Y. Bhg Datuk Haji Sa’ari b. Hassan ( Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Tokoh Guru Negeri Melaka Tahun 2000). Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Integriti Nasional.

                    
                    
                    
                    
                    
                     
                   



                    
                    
                   
                    


                   
                   

Pemburuan Babi Hutan

Posted by Admin On 9:49 AM No comments


Selain pertolongan PERHILITAN, En Dzulkarnain bin Mat telah mendapatkan pertolongan sekumpulan pemburu untuk memburu babi hutan yang berkeliaran di kawasan kampus IPGKTAA. Oleh itu semua warga kampus dinasihatkan agar tidak berada di kawasan-kawasan tersembunyi atau tempat-tempat gelap bagi mengelakkan sebarang kemalangan akibat peluru sesat atau diserang oleh binatang berkenaan. Pemburuan akan dilakukan bermula jam 10.00 malam mengikut kelapangan pemburu. Ia biasanya akan berlarutan sehingga jam 5.00 pagi. Tolong hebahkan. Terima kasih...

Kejohanan Olahraga 2011

Posted by Admin On 11:55 AM No comments

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGKTAA 2011 akan diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 7 Mac 2011 hingga 9 Mac 2011 hasil pengurusan dan pengolaan bersama PPISMP Semester 5 2011 dan Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah:
  1. Larian 100 Meter .
  2. Lontar Peluru .
  3. Rejam Lembing .
  4. 50 Meter (underweight) .
  5. 50 Meter (overweight) .
  6. Tarik Tali .
  7. Larian 4 X 100 Meter .
  8. Larian 4 X 400 Meter .
  9. Lempar Cakera .
  10. Larian 800 Meter .
  11. Larian 1500 Meter .
  12. Lompat Jauh .
  13. Lompat Tinggi .
  14. Larian 200 Meter .
  15. 110 Meter Lari Berpagar .
  16. 100 Meter Lari Berpagar .

Selamat Mengundi

Posted by Admin On 11:48 AM No comments

Berhati-hatilah Memilih Pemimpin
Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Berkaitan:

Pertandingan Pidato Peringkat Dalaman 2011

Posted by Admin On 9:16 PM No comments

Semua guru pelatih dijemput hadir ke Pertandingan Pidato Peringkat Dalaman Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2011 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah B.

Berikut merupakan isu yang bakal diketengahkan dalam pertandingan tersebut:
  1. Guru Pembina Negara Bangsa
  2. Guru Berintegriti Pemangkin Negara Jaya
  3. Budi Bahasa Penentu Jati Diri Bangsa
  4. Budaya Penyayang Asas Negara Gemilang
  5. Bahasa Membentuk Budaya Bangsa
  6. Guru Berintegriti, Sekolah Bestari
  7. Pendidikan Berkualiti Teras Negara Jaya
  8. Pemimpin Berintegriti Menjana Kesejahateraan Negara
  9. Budi Bahasa Budaya Kita
  10. Melestarikan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  11. Murid Cemerlang Negara Terbilang
  12. Rasuah Racun Negara
  13. Pendidikan Membentuk Modal Insan Kelas Pertama
  14. Pemimpin Bersih Cermin Negara
  15. Pendidikan Berintegriti : Realiti Atau Fantasi

Kursus Pengurusan Jenazah

Posted by Admin On 7:45 PM No comments

Kursus Pengurusan Jenazah menjelma lagi di alam 2011. Penyertaan adalah terhad kepada 200 orang. Bagi yang berminat, sila hubungi Ahmad Muzakir daripada unit PPISMP Pendidikan Agama Islam semester 5.

Jadual Proses Pembuangan Undi 2011

Posted by Admin On 5:36 PM No comments

TARIKH/TEMPAT/MASA

UNIT

24 FEBRUARI 11

DEWAN DARUL MAKMUR

SEMUA UNIT TERLIBAT PADA 24 FEB 2011 KECUALI

PISMP MATH SEM5, PISMP BM (UNIT2) SEM1, PISMP BI (UNIT 1 DAN 2) SEM1

PISMP SEMESTER 3

08:00 a.m

BT/PJ/PSK

PSV 1/PJ/BM

PSV 2/PJ/BM

08:20 a.m

PAI/BA/AQ

SN/PJ/BI

PEM (BM)/BM/MT

08:40 a.m

KS/PJ/BM

BM/PJ/PSK

PJ/PK/BM

PISMP SEMESTER 1

09:00 a.m

BM/PJ/PSV (UNIT 1)

BT/PJ/KS

MT/BI/BM

09:20 a.m

PAI (AQ)/BI/BA

KS/BI/BM

BM/PJ/KS (UNIT 3)

PPISMP SEMESTER 2

09:40 a.m

BM (SJKC)

BM (SJKT)

PRS SEK

10:40 a.m

PAI (SJKC)

PAI (SK)

PEMULIHAN

11:00 a.m

BC (UNIT 1)

BC (UNIT 2)

TESL (UNIT 1)

11:20 a.m

TESL (UNIT 2)

BT

PRA SEK (SK)

PISMP SEMESTER 5

11:40 a.m

PRA SEK (BM)/PJ/MZ PRA

PEM (BT)/BT/MT

PEM (BM)/BM/MT

12:00 p.m

PSV/PJ/BM

KS/PJ/BM

PAI/BA/AQ

12:20 p.m

BT/PJ/PSK

BM/PJ/PSK

KPLI

12:40 p.m

MUZIK (SJKC)

BI (SJKC)

PRA SEK

13:00 p.m

PEM BT

23 FEBRUARI 11

KELAS MATH SEM 5

PISMP SEMESTER 5

08:20 a.m

MATH/PJ/BI

PISMP SEMESTER 1 (B.I.G)

24 FEBRUARI 11

PULAKO

08:20 a.m

BM/PJ/KS (UNIT 2)

BI (UNIT 1)

BI (UNIT 2)