-
Jaga Diri, Hiasi Peribadi
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire
-
Bekerjalah dengan Ikhlas
"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
-
Hargai Kehormatan Diri
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab
#
#
Showing posts with label Organisasi. Show all posts
Showing posts with label Organisasi. Show all posts
Selamat Hari Raya Aidiladha
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)
Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga ibadah kita diterimaNya...
Selamat Bercuti (16 Nov. 2010)
Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan. [Riwayat al-Bukhari]
Manfaatkan setiap detik di musim cuti ini sebaik mungkin. Sehingga bertemu lagi pada 3 Januari 2011, selamat bercuti!
Salam Ramadan
Perutusan Yang di-Pertua JPP IPGTAA
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke laman sesawang rasmi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan. Seinfiniti kesyukuran kami panjatkan buat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya, tertubuhlah laman sesawang rasmi JPP ini. Angka 2010 sememangnya membawa seribu satu perubahan yang positif kepada IPGTAA khususnya JPP. Penubuhan laman sesawang ini merupakan antara medium terpenting dalam melahirkan idea-idea yang beras, perancangan program dan aktiviti JPP, penyampaian maklumat dan aduan selain mengasah bakat dan krativiti serta kepekaan tinggi khasnya daripada ahli-ahli JPP, dan rakan-rakan guru pelatih.
Besar harapan kami, agar para pengunjung dapat memanfaatkan laman ini tanpa mencemarinya dengan apa jua elemen yang boleh mengganggu sensitiviti mana-mana individu, kaum, mahupun agama. Semoga kewujudan paparan laman sesawang ini dapat membantu dan meningkatkan lagi kualiti ilmu pengetahuan guru pelatih IPGTAA selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia; "Mahasiswa Berilmu Penggerak Generasi Berilmu"
Lagu Rasmi JPP
Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad nan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita
Setitik jadikn laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung
Nyalakan tekad dihujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara
Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan mega ibu mengandung
Padukan tekad nan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita
Setitik jadikn laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung
Nyalakan tekad dihujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara
Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan mega ibu mengandung
Putra putrinya berjasa
Misi dan Visi JPP IPGTAA
Visi
Menjadikan JPP sebagai jambatan penghubung demi menjaga kebajikan dan memupuk nilai integriti pelajar.
Misi
- Sebagai jambatan penghubung kepada warga IPG TAA;
- Menjaga kebajikan pelajar:
- Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni;


