• Jaga Diri, Hiasi Peribadi

    "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire

  • Bekerjalah dengan Ikhlas

    "Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

  • Hargai Kehormatan Diri

    "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab

  • #

    #

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Kejohanan Olahraga 2011

Posted by Admin On 11:55 AM No comments

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGKTAA 2011 akan diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 7 Mac 2011 hingga 9 Mac 2011 hasil pengurusan dan pengolaan bersama PPISMP Semester 5 2011 dan Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah:
  1. Larian 100 Meter .
  2. Lontar Peluru .
  3. Rejam Lembing .
  4. 50 Meter (underweight) .
  5. 50 Meter (overweight) .
  6. Tarik Tali .
  7. Larian 4 X 100 Meter .
  8. Larian 4 X 400 Meter .
  9. Lempar Cakera .
  10. Larian 800 Meter .
  11. Larian 1500 Meter .
  12. Lompat Jauh .
  13. Lompat Tinggi .
  14. Larian 200 Meter .
  15. 110 Meter Lari Berpagar .
  16. 100 Meter Lari Berpagar .

Pertandingan Pidato Peringkat Dalaman 2011

Posted by Admin On 9:16 PM No comments

Semua guru pelatih dijemput hadir ke Pertandingan Pidato Peringkat Dalaman Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2011 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah B.

Berikut merupakan isu yang bakal diketengahkan dalam pertandingan tersebut:
  1. Guru Pembina Negara Bangsa
  2. Guru Berintegriti Pemangkin Negara Jaya
  3. Budi Bahasa Penentu Jati Diri Bangsa
  4. Budaya Penyayang Asas Negara Gemilang
  5. Bahasa Membentuk Budaya Bangsa
  6. Guru Berintegriti, Sekolah Bestari
  7. Pendidikan Berkualiti Teras Negara Jaya
  8. Pemimpin Berintegriti Menjana Kesejahateraan Negara
  9. Budi Bahasa Budaya Kita
  10. Melestarikan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
  11. Murid Cemerlang Negara Terbilang
  12. Rasuah Racun Negara
  13. Pendidikan Membentuk Modal Insan Kelas Pertama
  14. Pemimpin Bersih Cermin Negara
  15. Pendidikan Berintegriti : Realiti Atau Fantasi

Kursus Pengurusan Jenazah

Posted by Admin On 7:45 PM No comments

Kursus Pengurusan Jenazah menjelma lagi di alam 2011. Penyertaan adalah terhad kepada 200 orang. Bagi yang berminat, sila hubungi Ahmad Muzakir daripada unit PPISMP Pendidikan Agama Islam semester 5.

Kejohanan Merentas Desa 2011

Posted by Admin On 8:46 PM No comments


Kejohanan Merentas Desa Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sesi 2011 di bawah kelolaan guru-guru pelatih semester 5 tahun 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Masa : 2.30 p.m.
Hari : Khamis
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Bermula dan berakhir di Astaka IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Proses Pilihanraya IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 2011

Posted by Admin On 7:19 PM No comments

TARIKH

MASA

PROSES PELAKSANAAN

TEMPAT

14 Februari 2011

8.00 pagi – 10.00 pagi

Taklimat Pilihanraya kepada semua warga kampus dan pengedaran borang calon

DEWAN DARUL MAKMUR

16 Februari 2011

2.30 ptg – 4.30 ptg

Penamaan calon

Kafeteria Sayyidah Aisyah

17 Februari 2011

7.45 pagi

Pengenalan calon

Dataran Bestari

2.00 ptg – 5.30 ptg

Taklimat calon

Dewan Kuliah

18, 21 dan 22 Februari 2011

Mengikut jadual yang ditetapkan

Manifesto Berjadual

Kafeteria Sayyidah Aisyah dan Kantin Sayyidah Khadijah

18-23 Februari 2011

Tempoh Berkempen

24 Februari 2011

Mengikut jadual

Pembuangan Undi

Dewan Darul Makmur

9.00 mlm

Pengumuman Pemenang

Dewan Darul Makmur

28 Februari 2011

8.00 pg – 10.00 pg

Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012

Dewan Darul Makmur


* Sebarang makluman atau perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Pementasan 3 Tun dalam Bicara Puteri Gunung Ledang

Posted by Admin On 7:10 PM No comments

Pementasan teater 3 TUN DALAM BICARA PUTERI GUNUNG LEDANG akan dipentaskan pada 16 Februari 2011 jam 9 malam di Dewan Darul Makmur hasil gabungan siswa budaya tarian dan perkusi. Teater ini adalah hasil usaha selama setahun oleh pasukan GITA dan yang lain.. Teater berkonsepkan teater muzikal bangsawan dan sedikit unsur absurd. Karya Puan Walaini bt Abu Bakar dan arahan oleh Fazita Mohammad.. Semua dijmput hadir.



Majlis Pelancaran Smart Group / Usrah 2011

Posted by Admin On 9:56 AM No comments

InsyaALLAH, pr0gram "THE BEGINNING OF SMART GROUP'S GATHERING 2011" atau "MAJLIS PELANCARAN SMART GROUP/USRAH 2011" akan diadakan pada 10 Februari 2011, jam 9.00 malam, bertempat di Surau As-Syafie..

Kepada kesemua ahli SMART GROUP, kehadiran anda adalah DIWAJIBKAN, bagi yang BERMINAT pula, kehadiran anda AMATLAH DIALU-ALUKAN untuk menyertai dan memeriahkan program..

UKHWAH FILLAH, ABADAN ABADA,
SAHABAT DUNIA, SAHABAT SYURGA,
INSYAALLAH, AMIIN...

Mengalukan Kehadiran Pelajar Baharu KPLI dan KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011

Posted by Admin On 9:10 AM No comments

Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dan Ahli Jawatankuasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu mengalu-alukan kedatangan pelajar baru daripada 4 unit KPLI (Pra Sekalah, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, dan Muzik) dan 5 unit KPLI j-QAF (3 unit Pengajian Islam dan 2 unit Bahasa Arab) bagi sesi Januari 2011 ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi memantapkan deligasi pendidik masa hadapan.

Berikut kami sertakan butiran hari pendaftaran:
Tarikh : 24 Januari 2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Darul Makmur

Catatan : Ibu bapa, penjaga, atau waris dikehendaki turut serta dalam Taklimat Waris yang akan diadakan pada jam 11.00 Pagi, harap maklum.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Posted by Admin On 9:41 AM No comments

Sebagai penghargaan buat guru-guru pelatih yang telah berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Semester pada November 2010 yang lalu, Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 28 Januari 2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Darul Makmur

Semua pensyarah, staf sokongan dan pelajar diwajibkan hadir. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Saravanan (PISMP Sem.5 Pengajian Tamil) atau Ummu Afyqah (PISMP Sem.5 Matematik)

Antara kau dan Aku. Soalnya Siapa?

Posted by Admin On 5:17 PM No comments

Antara KAU dan AKU, soalnya tetap sama... tanggungjawab siapa? bersama merungkai persoalan "kau tidak tahu, kerna kau tak mencari".. Mencari erti sebuah kehidupan susuk tubuh bernama INSAN, ia tetap menjadi amanah kita.. Hidup tidak sekadar diari kehidupan biasa, ia lebih dari itu.. SOALNYA SIAPA? KAU , AKU atau KITA?

Ayuh sama-sama sertai Bicara Khas bersama Ustaz Wan Azlan bin Wan Adnan:-
Tarikh : 22 Januari 2011
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Surau As-Shafie

Sadness of Palestine

Posted by Admin On 5:06 PM No comments

Sama-sama memeriahkan program anjuran Biro Kerohanian 1 Jawatankuasa Perwakilan pelajar iaitu Sadness of Palestine seperti keterangan berikut:-

Tarikh: 18 Januari 2011
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Dewan Darul Makmur
Penceramah : Muhammad Sabri bin Muda

P/s: Jualan amal dan tabung derma untuk Palestine juga akan diadakan

Bedah Buku: Fikh Kerahsiaan Wanita

Posted by Admin On 1:47 PM No comments

Dapatkan segera buku ini istimewa bersama autograf penterjemah

Forum Konsep Ketuhanan Mengikut Perspektif Agama

Posted by Admin On 1:41 PM No comments



Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

Posted by Admin On 8:39 PM No comments

Pihak Jawatankuasa Perwakilan mengucapkan sekalung ucapan tahniah buat sahabat-sahabat yang telah menerima anugerah cemerlang (purata mata gred 3.75 dan ke atas) pada sesi kali ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih maju kehadapan untuk kalian dan juga seluruh warga IPG, Insyaallah...

Program Pelajarku Sayang

Posted by Admin On 8:48 PM No comments

Pada hari ini, pencapaian di sekolah dapat ditingkatkan ke tahap maksima sekiranya terdapat program-program yang dibina dapat menerapkan nilai dan unsur yang sepatutnya dalam diri setiap murid. Penerapan unsur nilai dapat diketengahkan dalam berbagai kaedah agar dapat difahami secara mendalam oleh setiap individu dapat meningkatkan kesedaran dalaman yang berpanjangan dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Berdasarkan hasrat untuk merealisasikan hasrat tersebut, maka pihak kami telah merangka program ‘Pelajarku Sayang’ dalam membantu murid di kawasan Maran secara amnya dan secara khususnya di kawasan Felda Bukit Tajau untuk mendapat pendedahan maksima seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik. Antara objektif yang difokuskan adalah:
  1. Mengeratkan hubungan antara komuniti masyakat dengan sekolah;
  2. Menggalakkan sumbangan individu kepada sekolah Bukit Tajau;
  3. Menerapkan nilai kerohanian dalam diri murid sekolah di daerah Maran;
  4. Meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan;
  5. Mendedahkan Guru pelatih dengan pengalaman sebenar berada di Sekolah Felda Bukit Tajau.

Pertandingan Menghias Bilik Kuliah

Posted by Admin On 1:42 PM No comments

Hadiah menarik menanti anda!

Melakar Cinta di Talam

Posted by Admin On 7:23 PM No comments

Merupakan program berbuka puasa bersama Smart Group masing-masing dan merupakan kesinambungan dari Program Nasi Ambang yang pernah diadakan di bawah Smart Group pada tahun lepas. Semoga dengan kewujudan program ini ikatan hati di antara ahli-ahli Smart Group dan naqibat semakin utuh. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Sebarang persoalan bolehlah diajukan terus kepada :
NURUL ANIS ABU BAKAR - PISMP PAI SEM 2
ZATI BAYANI MOHAMAD JAAFAR - PPISMP PAI SEM 3

Lawatan Muhibbah ke USIM, IPGKPI dan IPGKIK

Posted by Admin On 10:19 AM No comments

Lawatan Muhibbah dari IPGKPI

Posted by Admin On 10:00 AM No comments

Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan lawatan muhibbah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah pengiring iaitu Us. Ismail b. Che'ku, Puan Kamsiah Bt. Ab. Rashid dan En. Mohd Zin b. Tambi, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan ahli Jawatankuasa Disiplin. Terima kasih atas kesudian memilih kampus kami sebagai destinasi untuk bertukar idea dan pandangan untuk memantapkan lagi saf kepimpinan untuk memacu kegemilangan sekali gus menaikkan nama Institut Pendidikan Guru di mata dunia. Maafkan juga sekiranya terdapat khilaf atau kekurangan daripada pihak kami sepanjang berada di kampus ini (18 dan 19 Julai 2010). Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi...

Ekspidisi Gunung Datuk

Posted by Admin On 7:02 PM No comments

SABTU 7/8/2010
8.00 am : Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke Hutan Lipur Gunung Datuk.
11.00 am : taklimat, suaikenal, kemas kawasan & pasang khemah.
12.30 pm : sedia makanan tengahari dan solat.
2.30 pm : aktiviti 1 (asas perubatan)
4.30 pm : rehat dan minum petang
5.30 pm : sukan rakyat
6.30 pm : sedia makan malam dan solat.
9.00 pm : aktiviti 2 (persembahan kumpulan)
11.30 pm : operasi menyelamat

AHAD 8/8/2010
6.00 am : bangun pagi, solat dan sarapan.
8.00 am : mendaki gunung datuk.
2.00 pm : turun ke base camp, makan tengahari, solat, kemas kawasan dan bertolak ke KL.
7.30 pm : untuk pelatih IPG (pulang ke IPTAA).

Segala pertanyaan atau permasalahan, sila berurusan dengan SITI NUR WAHEDAH BT. MOHD BAKRI daripada unit PISMP Pemulihan Bahasa Melayu Semester 3.
* Bayaran untuk seorang peserta: RM 62
** Bas dari Lipis akan bergerak pada jam 6.10 pagi. Sila berkumpul di Dataran Bestari.

Sumber gambar.