Lawatan Muhibbah dari IPGKPI

Posted by Admin On 10:00 AM No comments

Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan lawatan muhibbah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah pengiring iaitu Us. Ismail b. Che'ku, Puan Kamsiah Bt. Ab. Rashid dan En. Mohd Zin b. Tambi, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan ahli Jawatankuasa Disiplin. Terima kasih atas kesudian memilih kampus kami sebagai destinasi untuk bertukar idea dan pandangan untuk memantapkan lagi saf kepimpinan untuk memacu kegemilangan sekali gus menaikkan nama Institut Pendidikan Guru di mata dunia. Maafkan juga sekiranya terdapat khilaf atau kekurangan daripada pihak kami sepanjang berada di kampus ini (18 dan 19 Julai 2010). Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi...

0 komen @ catatan: