Program Pelajarku Sayang

Posted by Admin On 8:48 PM No comments

Pada hari ini, pencapaian di sekolah dapat ditingkatkan ke tahap maksima sekiranya terdapat program-program yang dibina dapat menerapkan nilai dan unsur yang sepatutnya dalam diri setiap murid. Penerapan unsur nilai dapat diketengahkan dalam berbagai kaedah agar dapat difahami secara mendalam oleh setiap individu dapat meningkatkan kesedaran dalaman yang berpanjangan dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Berdasarkan hasrat untuk merealisasikan hasrat tersebut, maka pihak kami telah merangka program ‘Pelajarku Sayang’ dalam membantu murid di kawasan Maran secara amnya dan secara khususnya di kawasan Felda Bukit Tajau untuk mendapat pendedahan maksima seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik. Antara objektif yang difokuskan adalah:
  1. Mengeratkan hubungan antara komuniti masyakat dengan sekolah;
  2. Menggalakkan sumbangan individu kepada sekolah Bukit Tajau;
  3. Menerapkan nilai kerohanian dalam diri murid sekolah di daerah Maran;
  4. Meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan;
  5. Mendedahkan Guru pelatih dengan pengalaman sebenar berada di Sekolah Felda Bukit Tajau.

0 komen @ catatan: