Perutusan Yang di-Pertua JPP IPGTAA

Posted by jpp.ipg tengku ampuan afzan On 5:17 PM No comments

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke laman sesawang rasmi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Tengku Ampuan Afzan. Seinfiniti kesyukuran kami panjatkan buat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya, tertubuhlah laman sesawang rasmi JPP ini.


Angka 2010 sememangnya membawa seribu satu perubahan yang positif kepada IPGTAA khususnya JPP. Penubuhan laman sesawang ini merupakan antara medium terpenting dalam melahirkan idea-idea yang beras, perancangan program dan aktiviti JPP, penyampaian maklumat dan aduan selain mengasah bakat dan krativiti serta kepekaan tinggi khasnya daripada ahli-ahli JPP, dan rakan-rakan guru pelatih.


Besar harapan kami, agar para pengunjung dapat memanfaatkan laman ini tanpa mencemarinya dengan apa jua elemen yang boleh mengganggu sensitiviti mana-mana individu, kaum, mahupun agama. Semoga kewujudan paparan laman sesawang ini dapat membantu dan meningkatkan lagi kualiti ilmu pengetahuan guru pelatih IPGTAA selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia; "Mahasiswa Berilmu Penggerak Generasi Berilmu"

0 komen @ catatan: