Perkhidmatan Bas ke Bandar Kuala Lipis

Posted by sHaMiM SaMsUdDiN On 3:56 PM 1 comment

Pihak JPP telah memandang serius terhadap kekangan dan masalah guru pelatih untuk keluar ke bandar pada setiap hari Jumaat telah dan masalah ini perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Dengan itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menyediakan inisiatif kpd para guru pelatih iaitu kami akan menyediakan perkhidmatan bas tersebut pada hari Jumaat dan hari-hari yang dirasakan perlu dengan maklumat-maklumat dan syarat-syarat seperti berikut:

2.1 Maklumat:
2.1.1 Perkhidmatan ini akan dilaksanakan pada jam 4.00-6.00ptg
(jadual waktu perjalanan akan digubal semula berdasarkan permintaan guru pelatih)
2.1.2 Jumlah bayaran : Sekitar RM2.50 – RM4.50 (pergi dan balik)
(jumlah bayaran ini termasuk bayaran gaji tambahan pemandu kampus serta perbelanjaan minyak bas dan berdasarkan waktu yang diminta)


2.2 Syarat-syarat:
2.2.1 Perkhidmatan ini akan dapat dilaksanakan sekiranya jumlah penumpang melebihi 30 orang (pergi dan balik)
(bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan penggunaan bas)
2.2.2 Individu yang akan menggunakan perkhidmatan ini perlu mengisi nama pada borang yang disediakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh perkhidmatan.
(bertujuan untuk memastikan jumlah penumpang mencukupi jumlah minima)

Maklumat perkhidmatan ini akan diberitahu melalui sistem pembesar suara kampus, laman sosial rasmi JPP dan papan kenyataan JPP. Dengan ini dikepilkan bersama borang senarai nama yang bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

Segala kerjasama anda kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Untuk memuat turun surat persetujuan ini sila ke:

1 komen @ catatan:

Choosing kuala lipis as the location for college is really a good decision. For there is nothing much to do in this little town. So the students can concentrate on what they have to do... Study and learn.