Kursus Kepimpinan Pelajar

Posted by Admin On 2:27 PM No comments

Seramai 70 orang peserta akan mengikuti Kursus Kepimpinan Pelajar yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan ahli Kelab Sahabat JPP. Kursus yang dijalankan adalah seperti berikut:

Tarikh : 3-5 Mei 2010
Tempat : Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang mendalam berhubung dengan peranan dan tangungjawab kepimpinan serta memberikan pendedahan dan kefahaman yang mendalam tentang bagaimana melaksanakan tugas mentadbir dan dapat mewujudkan rangkaian kerja yang berkesan dalam semua organisasi yang ada di institut.

Selain itu, program ini insyaallah dapat membentuk diri sebagai pemimpin yang rasional, bertanggung jawab, inovatif, kreatif dan berwawasan dan juga menambahkan keyakinan diri pemimpin pelajar untuk menangani cabaran dan perubahan semasa dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan lebih berkesan. Seterusnya, pelajar akan lebih memahami dan menghayati visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidkan Guru dan Institut.

0 komen @ catatan: