Tubuh Cergas Siswa Lestari

Posted by Admin On 6:45 AM No comments

Rekreasi merupakan satu aktiviti yang memberikan faedah kepada jasmani dan rohani seseorang individu. Aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi seseorang khususnya bakal pendidik mestilah diperkembangkan secara menyeluruh melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan sesuai dengan hasrat untuk melahirkan citra guru yang unggul. Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010 berhasrat menganjurkan Program Tubuh Cergas Siswa Lestari untuk guru-guru pelatih IPGKTAA.2.

SASARAN/PESERTA
Semua Guru pelatih IPGKTAA

TARIKH PELAKSANAAN
Rabu (21 APRIL 2010)


TENTATIF PROGRAM

7.45 - 8.15 a.m : Perhimpunan & Senaman Pagi

8.15 - 10.30 a.m : Guru Pelatih Lelaki

Pertandingan Futsal

Petanque

Bola Tampar

Bola Keranjang

Sepak Takraw

Guru Pelatih Perempuan

Sukaneka

Permainan Tradisional

10.30 - 11.00 a.m : Rehat

11.00 - 1.00 p.m : Sukan & Permainan disambung

1.00 p.m : Bersurai

0 komen @ catatan: