Syarat-Syarat Berkempen Pilihanraya Kampus 2011

Posted by Admin On 8:29 PM No comments

  1. Semua calon dibenarkan berkempen selepas Proses Penamaan Calon iaitu mulai 16 - 23 Februari 2011.
  2. Semua calon diwajibkan untuk menyampaikan manifesto di kafetaria dan kantin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Format poster mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JPRK seperti dalam lampiran A yang telah diedarkan.
  4. Poster manifesto hendaklah digantung di tempat-tempat yang ditetapkan iaitu jambatan gantung, susur gajah, kafetaria.
  5. Tempat-tempat yang dilarang menggantungkan poster ialah sekitar blok pentadbiran, dan sekitar blok akademik.
  6. Tempoh akhir menurunkan poster adalah pada hari Khamis selepas pengumuman pemenang kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011-2012 pada jam 12 tengah malam.
  7. Kepada mana-mana calon yang gagal mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPRK, wang cagaran tidak akan dikembalikan.
  8. Sebarang pindaan terhadap mana-mana syarat akan dimaklumkan melalui surat edaran, Facebook : www.facebook.com/JPRK 2011 atau blog: jpp-ipgtaa.blogspot.com/.
*Segala perubahan tertakluk kepada pindaan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (JPRK) dari semasa ke semasa.

0 komen @ catatan: